Ni cerita sebenar
Shila Amzah. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkata dia masih belum bersedia untuk
mengembangkan kerjaya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai
tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip
video nyanyiannya di laman YouTube.
mengembangkan kerjaya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai
tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip
video nyanyiannya di laman YouTube.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan
pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan
para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.
pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan
para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.
“Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi
dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.
dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.
“Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian
daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.
“Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan
kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri,” katanya kepadamStar Online.
kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri,” katanya kepadamStar Online.
Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.
“Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan
datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.
datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.
“Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan
jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia,” katanya yang pertama kali memuat naik
klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia,” katanya yang pertama kali memuat naik
klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
Ditanya adakah pendekatan tersebut membantu dalam meningkatkan jumlah peminat, anak kepada penyanyi ND Lala ini mengakui ia adalah langkah berkesan yang membuatkan dia semakin dikenali pada hari ini. “Kalau sebelum saya memuat naik klip video nyanyian di YouTube, jumlah peminat di laman Twitter dan media sosial lain sekitar 50,000 orang. “Tetapi selepas dua tahun, ia menunjukkan penerimaan yang positif daripada khalayak umum. Kini, jumlah pengikut di laman sosial sudah mencecah sekitar 200,000 orang,” katanya. Terbaru, Shila yang bakal bekerjasama dengan komposer Datuk M. Nasir dalam programMania menyifatkan peluang itu sebagai platform terbaik untuk memantapkan dirinya. “Secara kebetulan, saya dan Datuk adalah penyanyi dan penulis lagu, jadi gandingan ini pasti memberikan perkongsian idea yang baik untuk saya. “Kalau pun saya hanya mendapat 10 peratus perhatian dan bimbingan daripada Datuk, ia adalah input besar yang sangat bernilai. “Kita pun tahu, bukan mudah untuk mencuri perhatiannya jika kita hanya menyanyi di luar sana dan tidak terlibat atau bekerjasama dengannya secara langsung,” katanya. ********************** Betulke x bersedia lagi? Ramai artis nak ke pentas antarabangsa. Tapi ko taknak? leh caya kerrr |
SUMBER:http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=645268&extra=page%3D1
No comments:
Post a Comment