Total Pageviews

Ohbelog

Followers

Pages

Friday, 27 April 2012

Golongan-golongan yang wujud yang menyebabkan pengharaman facebook 2013.

Photobucket

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.First fiq tahu banyak hari dah fiq tak update blog ni.Fiq sibuk dengan exam dan tiada masa.Hari ini baru ada masa nak update post baru.



Golongan-golongan yang wujud yang telah mengakibatkan pengharaman laman sosial Facebook pada tahun 2013.


1. Golongan Cyborg - golongan yang tidak tahu menaip perkataan lain selain dari WTF, LOL, BRB, PLZ, OMG dan STFU.

2. Golongan Ayam Jantan  - golongan yang merasakan tanggungjawab mereka untuk mengucapkan 'Good Mownink' setiap pagi di Facebook. Ada juga yang terlebih rajin membawa sampai ke ucapan selamat malam.

3. Golongan Encik/Cik Femes- golongan yang mempunyai kawan sebanyak 4367 orang dan mempunyai lebih dari satu akaun termasuk satu fan page. Dihujung pangkal nama mereka selalunya terdapat perkataan '(Full)'

4. Golongan Pengelike - golongan yang pantang nampak apa saja, semua nak like. Termasuk status dan juga gambar mereka sendiri.

5. Golongan Emosi- golongan yang bencikan kehidupan, mengatakan dunia ini suck dan sentiasa menerapkan elemen muram di dalam status mereka. Apabila disoal kenapa, mereka akan membalas 'Leave me alone'

6. Golongan Bersembunyi- golongan yang tidak berbuat apa-apa tetapi membaca dan melihat kesemua gambar individu-individu tertentu.

7. Golongan Pembaca Berita- golongan yang sentiasa update dengan persekitaran; apa sedang dibuat, apa sedang makan, di mana dia berada dan dengan siapa dia sekarang.

8. Golongan Malingsia - golongan yang suka mencuri status milik orang lain lalu tanpa rasa bersalah berpura seolah-olah kepunyaannya. Terdapat juga yang gemar mencuri gambar-gambar pelakon indonesia lalu mengaku adalah wajahnya.

9. Golongan Pengumpul- golongan yang gemar mengejoin apa sahaja kumpulan dan juga mengelike kesemua page-page skrip filem tanpa memilih bulu.

10. Golongan Penyayang- golongan yang tanpa segan silu mempamerkan kasih sayang penuh keromantikan di khalayak ramai. Dan juga koleksi-koleksi gambar super sweet mereka.

11. Golongan Pembenci- golongan yang sentiasa mengumpat, sentiasa mengata-ngata di gambar dan selalu merasakan status orang disekeliling adalah tentang diri mereka. Meraka ni gemarkan perkataan seperti 'butoh arr, fuck u, cibai dan juga lancau'

12. Golongan Raja/Permaisuri Drama- golongan yang gemar status mereka dilike dan dikomen sebanyak mungkin. Bagi memperolehi like dan komen yang banyak, mereka gemar mengepos status seperti 'saya tak cantik macam awak. siapa setuju sila like' ataupun 'Siapa setuju team bola malaysia main macam celaka, sila like'


No comments:

Post a Comment