Total Pageviews

Ohbelog

Followers

Pages

Monday, 2 April 2012

Kamal adli kecil hati.

Photobucket
KAMAL Adli mengakui kecil hati dengan pengurusan syarikat Metrowealth International Group (MIG) kerana berasakan dirinya seperti menjadi mangsa pilih kasih. 

Kamal yang menandatangani kontrak dengan syarikat itu sejak dua tahun yang lalu, kali terakhir diberi peluang terbabit menjayakan filem terbitan syarikat itu pada tahun lalu menerusi filem Assalamualaikum Cinta yang digandingkan bersama Diana Amir. Selepas itu, dia lebih banyak menerima tawaran berlakon daripada produksi lain yang mengakui terpaksa menguruskan sendiri demi untuk meneruskan kerjaya seninya.


Dia yang baru saja selesai mengikuti penggambaran filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, tetap bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan masih ada sekali pun ditawarkan oleh syarikat luar.

“Tak perlulah saya menceritakan apa-apa mengenai pihak pengurusan saya. Sebelum ini pun sekiranya ada perkara yang tidak puas hati saya tidak pernah bersuara, malah bersyukur kerana masih dapat tawaran di luar. Sejak dulu sebelum menyertai MIG memang saya bergerak sendiri dan kini masih selesa dengan cara sekarang.

“Memang betul saya menyertai MIG dulu pun disebabkan Ahmad Idham. Saya begitu teringin bekerja dengannya, namun saya agak terlewat kerana selepas masuk MIG, dia (Ahmad Idham) baru saja menamatkan kontrak bersama MIG,” katanya.
Kamal kini masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun, mengakui menyertai MIG kerana mahu kerjayanya diuruskan dengan baik.
“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menyedari MIG kini sudah mempunyai ramai artis, mungkin mereka begitu sibuk untuk menguruskan dan mempromosikan artis baru dan saya harus pandai menguruskan diri saya sendiri.

“Namun tipulah kalau tidak ada langsung perasaan kecil hati, lebih-lebih lagi apabila pergi ke MIG dan ada saja dengar cerita filem yang baik bakal diterbitkan tetapi tiada nama saya. Kadang-kadang ada filem yang begitu teringin saya berlakon kerana ia bakal menguji kebolehan saya, namun faham bukan rezeki dan tiada nama saya di situ. 

“Bagaimanapun saya sentiasa menunggu panggilan daripada MIG untuk menawarkan apa-apa projek filem untuk saya,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Gerimis Mengundang yang bakal diterajuinya pada 27 Mac hingga 8 April di Istana Budaya.

Di sebalik itu juga, Kamal pernah menyahut cabaran daripada majikannya untuk menguruskan badan kerana bakal terbabit dengan filem aksi yang memerlukan dia beraksi dan cabaran itu disahut dengan baiknya.

“Dulu berat badan saya 86 kilogram dan majikan menyuruh saya diet kerana ada filem aksi yang bakal saya bintangi, namun sebaik saya dapat menurunkan berat badan sehingga 75 kilogram, filem itu tidak jadi untuk diterbitkan.

“Berat badan saya betul-betul susut sejak saya mengikuti penggambaran filem Gerimis Mengundang dan sehingga kini saya masih berusaha untuk menurunkan lagi berat badan serendah yang boleh,” katanya.

No comments:

Post a Comment