Like Fan Page kami di FACEBOOK:FANPAGEKAMI
Total Pageviews
Ohbelog
Followers
Friday, 27 April 2012
Lagu ditukar ke body language.[Lawak Giler]
Jom kita tngok apa yg terjadi bila lagu ditukar ke body language.Admin gelak terguling-guling tengok video nih.Hahaha.Apa pun kita tngok videonya di bawah.
Like Fan Page kami di FACEBOOK:FANPAGEKAMI
Like Fan Page kami di FACEBOOK:FANPAGEKAMI
Mercun buatan cina[Stail]
Jom kita try dekat rumah.Cedera sendiri tanggung.Hehehe
3 Ekor pontianak berlumba[Lawak]
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak"
Golongan-golongan yang wujud yang menyebabkan pengharaman facebook 2013.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.First fiq tahu banyak hari dah fiq tak update blog ni.Fiq sibuk dengan exam dan tiada masa.Hari ini baru ada masa nak update post baru.
Golongan-golongan yang wujud yang telah mengakibatkan pengharaman laman sosial Facebook pada tahun 2013.
1. Golongan Cyborg - golongan yang tidak tahu menaip perkataan lain selain dari WTF, LOL, BRB, PLZ, OMG dan STFU.
2. Golongan Ayam Jantan - golongan yang merasakan tanggungjawab mereka untuk mengucapkan 'Good Mownink' setiap pagi di Facebook. Ada juga yang terlebih rajin membawa sampai ke ucapan selamat malam.
3. Golongan Encik/Cik Femes- golongan yang mempunyai kawan sebanyak 4367 orang dan mempunyai lebih dari satu akaun termasuk satu fan page. Dihujung pangkal nama mereka selalunya terdapat perkataan '(Full)'
4. Golongan Pengelike - golongan yang pantang nampak apa saja, semua nak like. Termasuk status dan juga gambar mereka sendiri.
5. Golongan Emosi- golongan yang bencikan kehidupan, mengatakan dunia ini suck dan sentiasa menerapkan elemen muram di dalam status mereka. Apabila disoal kenapa, mereka akan membalas 'Leave me alone'
6. Golongan Bersembunyi- golongan yang tidak berbuat apa-apa tetapi membaca dan melihat kesemua gambar individu-individu tertentu.
7. Golongan Pembaca Berita- golongan yang sentiasa update dengan persekitaran; apa sedang dibuat, apa sedang makan, di mana dia berada dan dengan siapa dia sekarang.
8. Golongan Malingsia - golongan yang suka mencuri status milik orang lain lalu tanpa rasa bersalah berpura seolah-olah kepunyaannya. Terdapat juga yang gemar mencuri gambar-gambar pelakon indonesia lalu mengaku adalah wajahnya.
9. Golongan Pengumpul- golongan yang gemar mengejoin apa sahaja kumpulan dan juga mengelike kesemua page-page skrip filem tanpa memilih bulu.
10. Golongan Penyayang- golongan yang tanpa segan silu mempamerkan kasih sayang penuh keromantikan di khalayak ramai. Dan juga koleksi-koleksi gambar super sweet mereka.
11. Golongan Pembenci- golongan yang sentiasa mengumpat, sentiasa mengata-ngata di gambar dan selalu merasakan status orang disekeliling adalah tentang diri mereka. Meraka ni gemarkan perkataan seperti 'butoh arr, fuck u, cibai dan juga lancau'
12. Golongan Raja/Permaisuri Drama- golongan yang gemar status mereka dilike dan dikomen sebanyak mungkin. Bagi memperolehi like dan komen yang banyak, mereka gemar mengepos status seperti 'saya tak cantik macam awak. siapa setuju sila like' ataupun 'Siapa setuju team bola malaysia main macam celaka, sila like'
Friday, 6 April 2012
Di matteo tak gentar dengan Barca
Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo gembira dengan kemaraan pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-juara meskipun pasukannya tidak menunjukkan permainan terbaiknya semasa mengenepikan Benfica.
Raul Meireles menjaringkan gol di masa kecederaan untuk menamatkan perlawanan dan membuka kepada pertemuan separuh akhir dengan juara bertahan, Barcelona dan ia pertembungan yang menggembirakan untuk Di Matteo.
“Seperti yang saya kata dalam sidang media sebelumnya, kami menjangkakan perlawanan yang sukar, rumit dan memang itu yang berlaku,” katanya.
“Mungkin kami lebih menyukarkannya untuk kami sendiri apabila tidak menjaringkan gol kedua, lebih-lebih lagi dengan segala peluang di separuh masa kedua. Ia membolehkan mereka terus bernyawa [memberikan mereka] harapan bahawa mereka boleh menjaringkan gol dan berada dalam persaingan.”
“Mereka menggerakkan bola sekitar padang dengan begitu baik. Kami tidak ada kawalan yang mencukupi walaupun kami ada kelebihan pemain.”
“Saya fikir pasukan tidak cemerlang seperti yang kami harapkan. Mungkin kami keletihan tapi kami gembira telah memenangi perlawanan dan mara. Kami berhak dengan dua perlawanan timbal balik inis.”
Yahoo memfailkan saman terhadap facebook?
SAN FRANCISCO – Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.
Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.
“Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.
“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. – AFP
Tips Untuk Muka Bebas Jerawat
Masalah jerawat menyusutkan fikiran anda? Cuba ikuti tip di bawah untuk mengatasi masalah kulit ini.
1. Pastikan wajah anda selalu bersih. Gunakan pembersih wajah bebas minyak wangian (oil-fragrance free) dan pilih yang berlabel pH balance.
2. Jika memiliki kulit wajah berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi benzoil peroxide atau salicylic acid.
3. Jangan gunakan penyegar wajah kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi sangat kering dan membuatkan jerawat kelihatan lebih jelas.
4. Selepas wajah benar-benar bersih, sapukan krim anti jerawat ke seluruh wajah.
5. Gunakan krim malam yang boleh menghilangkan parut-parut jerawat.
6. Setiap pagi jangan lupa gunakan krim pelindung cahaya matahari bebas minyak ke seluruh wajah untuk mengelakkan kulit terdedah kepada sinaran UV.
7. Buang tabiat suka memicit jerawat sesuka hati kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk. Sebaiknya dapatkan khidmat salon kecantikan.
8. Satu petua tradisional, anda boleh sapukan limau nipis atau tomato pada kulit wajah sebelum masuk tidur. Ia boleh mengecutkan jerawat.
Thursday, 5 April 2012
Neelofa Sarung Berlian 3.82 Juta
Nama Neelofa semakin mendapat tempat dalam kalangan hati pengikut dunia hiburan tanahair. Bertitik-tolak dari kemenangan beliau dalam pertandingan Dewi Remaja, rezeki serta tawaran karier seni beliau semakin mencurah-curah. Terbaru selepas muncul dengan rekaan kasut sendiri, Neelofa dikhabarkan mahu memulakan perniagaan yang lain pula. GUA berkesempatan menemui Neelofa di Majlis Pelancaran Pesta Berlian HABIB di Ampang sebentar tadi.
“ Kali ini perniagaan ini bukanlah perniagaan Lofa seorang sahaja. Ia lebih kepada perniagaan keluarga. Lofa, kakak dan emak akan melancarkan satu produk kesihatan dan kecantikan tidak lama lagi. Produk yang diberi nama BellaVita ini merupakan sebuah minuman kesihatan yang kaya dengan khasiat buah-buahan semulajadi dan kolagen. Ia sesuai untuk kesihatan dalaman serta kecantikan kuku, rambut dan kulit “.
“ Produk ini diformulasi di Perancis. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang dalam bulan April ini juga Lofa akan buat pengumuman rasmi mengenai produk ini. Produk ini tidak membawa kesan mudarat kepada sesiapa yang menggunakannya sebab kita gunakan bahan semulajadi. Keluarga terdekat pun dah cuba produk ini. Kalau semua nak tahu bagaimana rupa BellaVita, kena tunggu kemunculan produk ini “, ujar pengacara Nona ini.
Neelofa yang ketika ditemui di majlis anjuran Habib Jewels Sdn Bhd kelihatan cukup anggun mengenakan gaun putih di samping memakai set berlian ‘Blue Sapphire’ HABIB bernilai RM 3.82 juta. Kehadiran Neelofa menggayakan koleksi berlian HABIB itu menambah seri majlis tahunan yang diadakan syarikat itu.
Mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Neelofa menyatakan rasa gembira dan terujanya menghadiri anugerah berkenaan buat pertama kali sebagai finalis.
“ Lofa rasa bersyukur atas pencalonan ini. Dah tercalon pun Lofa rasa cukup baik. Lagipun saingan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bukan calang-calang orang. Semuanya menyerlah dalam kerjaya seni masing-masing. Semua orang pun ada keinginan untuk menggenggam trofi berprestij tersebut dan peluang setiap calon terbuka “, ujar Neelofa yang akan memakai rekaan Calvin Thoo pada majlis tersebut.
GUA juga sempat bertanyakan Neelofa berkenaan kelab peminatnya ‘NeelofaTeam’ yang tidak henti-henti menyokong karier seninya selama ini. Mengakui kagum dengan sokongan yang dilakukan para peminatnya, Lofa terharu dengan usaha mereka selama ini.
Neelofa yang pernah muncul dalam filem Azura 2012 bakal muncul dengan beberapa buah filem lagi termasuk Lemak Kampung Santan dan Saya Amat Mencintaimu. Neelofa juga memberitahu GUA beliau teringin mendalami dunia lakonan menerusi kelas-kelas yang dianjurkan pelakon berpengalaman seperti Ellie Suriati cuma setakat ini kekangan masa yang menjadi penghalang.(gua.com.my)
Dira Abu Zahar Minta Maaf
Baru-baru ini, industri hiburan tanahair kecoh dengan kes yang melibatkan seorang pengacara sebuah program gosip popular, yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kelab hiburan awal bulan ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengacara wanita yang juga merupakan pelakon itu didakwa menyepak muka mangsa beberapa kali dengan kasut tumit tingginya sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian mulut dan juga hidung mangsa.
Walaupun belum ada hitam putih atau kesahihan mengenai si pelaku tersebut, namun ramai yang sudah membuat spekulasi bahawa pengacara tersebut adalah Khaidhirah Abu Zahar atau Dira. Malah perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan polis yang telah dibuat mangsa, seorang wanita Melayu berusia 29 tahun dengan menamakan Dira sebagai pelakunya.
Dalam beberapa akhbar tabloid tempatan yang dikeluarkan sebelum ini, bekas isteri kepada Ash Gabba Gabba ini telah menafikan perkara tersebut. Dira turut memberitahu sebuah blog hiburan popular bahawa dia tidak mempunyai masa untuk ke pusat-pusat hiburan apatah lagi mencetuskan pergaduhan. Malah, dalam laporan akhbar The Star, Dira memberitahu pada hari kejadian beliau pergi membeli-belah bersama dengan keluarganya.
GUA cuba menghubungi Dira bagi mengetahui sendiri kebenarannya, namun pelakon drama ‘Perempuan’ ini meminta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan.
“Saya tak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan langsung mengenai isu ini. Saya minta maaf sangat-sangat,” ujar Dira ringkas.
Tidak berpuas hati dengan jawapannya, GUA cuba bertanyakan lagi kepada Dira sama ada benarkah individu yang dimaksudkan itu adalah beliau dan Dira menjawab, “Saya tak boleh cakap ya atau tidak. Kita tak pasti benda itu betul atau tidak lagi. Saya memang tak boleh jawab atau komen apa-apapun kerana kes ini masih lagi dalam siasatan polis.”
Ditanya adakah beliau tertekan dengan isu ini, Dira memberitahu, “Saya menjalani kehidupan yang normal, saya tidak tertekan. Apa-apapun saya minta maaf sebab saya memang tak boleh nak komen banyak-banyak,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan. (www.gua.com.my)
Menarik:9 Mimpi Nabi Muhammad
Kuliah maghrib di malam jumaat. :) amal2kanlan yer. Insyallah kita akan terglong di kalangan orang mukmin yang beriman.
9 MIMPI Nabi Muhammad S.A.w
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Trick Lajukan Internet Guna CMD
First yang korang perlu buat ialah pergi ke Start Menu dah tulis CMD di kotak search box.Seperti contoh ini:
Selepas dah buka command prompt(CMD).korang tulis ipconfig/all dan tekan ENTER.Seperti contoh di bawah:
Selepas dah tulis ipconfig/all dan tekan enter akan keluar macam-macam nombor.Korang kena tngok nombor ip yang tertulis (Preffered) di belakang ip addres atau nombor tersebut.Seperti contoh di bawah:
Selepas itu korang tulis ping ipaddresskorang -t.Seperti contoh di bawah:
- Note:ipaddress korang tu tukar kepada alamat ip yg korang dapatdi step ke tiga.
Trick ni memang sesuai untuk semua.Dah lama SquadFiq guna trick ni sebab kelajuan internet saya cuma 384kbps.Huhuhu kalau ada sesiapa nak menderma silakan komen di bawah dan jangan lupa untuk menglike FAN PAGE kami.
5 Syarat Untuk Buat Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.
Tuesday, 3 April 2012
Marsha Milan Londoh Cuba Bunuh Diri?
KUALA LUMPUR – Selepas satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini mengatakan Marsha Milan Londoh ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya akibat menelan pil berlebihan, teman rapat kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, Afeeq Abdul Rahman menafikan berita tersebut.
Dipetik daripada laman sesawang mStar, Afeeq memberitahu Marsha jatuh pengsan di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama kerana trauma akibat kemalangan yang berlaku sebelum itu, bukan disebabkan mengambil pil berlebihan seperti yang dilaporkan.
Jelasnya, “Saya masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripadanya tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan di sebuah kedai berdekatan rumahnya dan mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.
“Marsha masih boleh memandu ke rumah seperti biasa selepas insiden berkenaan. Namun selepas meletakkan kereta di kawasan parkir, dia jatuh pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya.”
Malah Afeeq tidak menolak kebarangkalian masalah penyakit tekanan darah rendah yang dialami oleh penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini menjadi salah satu faktor dia rebah.
Afeeq turut menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mahu membunuh diri seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.
“Laporan yang dikeluarkan ternyata salah kerana Marsha bukanlah jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri,” ujarnya.
Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan imej seksi ini kini sedang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya dan masih belum bersedia menerima pelawat.
(Petikan: Yahoo! News Malaysia)
Radhi Bakal Kahwin Kali Kedua Hujung Tahun Ni?
KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan alternatif rock Old Automatic Garbage (OAG), Radhi menyuarakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hatinya pada hujung tahun ini selepas hampir dua tahun dia hidup menduda.
Menurut vokalis berusia 35 tahun berasal dari Kuching, Sawak itu, dia enggan mendedahkan nama bakal isterinya itu tetapi sekadar mengatakan gadis terbabit merupakan pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan peringkat menengah baru-baru ini.
“Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perkahwinan kali kedua saya itu. Insya-Allah kalau ada jodoh saya mahu menamatkan zaman duda saya selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Saya anggap ini adalah peluang kedua saya di mana ia amat bermakna dalam hidup saya.
“Peluang kedua itu bukan sahaja daripada segi mahu membina rumahtangga yang baru, malah ia juga adalah peluang kedua untuk saya untuk berhenti daripada menghisap dadah,” kata Radhi sewaktu ditemui para wartawan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya minggu lalu.
Pada pertemuan itu, Radhi muncul dalam sidang akhbar pelancaran rancangan terbaru ntv7 yang diacarakan Richie Rachman bertajuk Bilik 7 yang menjadikannya salah seorang selebriti undangan bagi menceritakan lebih mendalam pengalamannya sebagai penagih dadah.
Bapa kepada Muhd. Rifdhi Muslim, 7 tahun ini yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di sini berkata dia berharap perkahwinan barunya itu bakal memulakan fasa ceria dalam kehidupannya pada masa akan datang.
“Saya sudah tidak mahu terbabit dengan dadah lagi dan mahu menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah saya akan mengikat kontrak sebagai artis naungan Warner Music tidak lama lagi supaya kerjaya saya dalam bidang seni akan berkembang,”
Kredit:Mynewshub.my
Artis:Almy Nadia Ambil Anak Angkat.
KUALA LUMPUR – Trend golongan artis tanah air yang masih bujang dan mengambil anak angkat bukan perkara baru apabila pelakon drama televisyen terkenal Almy Nadia juga berbuat demikian dengan menjadi ibu angkat kepada Nurafrina Darwisya baru-baru ini.
Menurut Almy, ramai peminat yang tidak tahu bahawa dia telah memelihara Nurafrina sejak baik di mana kanak-kanak itu kini telahpun berusia tiga tahun, sekali gus menjawab segala teka-teka berhubung kehadiran kanak-kanak perempuan comel yang sering berada di sampingnya itu.
“Saya memang sudah lama membela seorang anak angkat tetapi sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkannya kepada umum. Saya mengambil Nurafrina sejak usianya masih bayi dan kini saya sedang menguruskan surat beranaknya di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
“Sejak ada anak angkat ini, hati saya selalu tenang. Saya berharap agar tahun 2012 ini rezeki saya akan lebih murah terutamanya dengan kehadiran Nurafrina dalam hidup saya. Semoga dengan kenyataan ini ia akan menutup gosip yang akan timbul berhubung perkara tersebut,” ujarnya.
Cinta Tulus Amir Raja Lawak Dipermainkan
KUALA LUMPUR – Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
“Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.
Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.
“Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
“Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja,” ujarnya.
Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.
“Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.
“Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini,” tegasnya. – MStar
82 Pemenang APBH
Peraduan undian peringkat awal tawar pelbagai hadiah menarik
SERAMAI 82 pembaca bertuah dipilih sebagai pemenang peringkat awal peraduan undian Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2011. Peraduan menerusi borang pencalonan awal yang mula disiarkan menerusi akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula 25 November hingga 30 Disember tahun lalu menawarkan hadiah berupa Blackberry Torch 9800 untuk 10 pemenang, Sony PS3 Console (10), Apple iPod Touch (10), Apple iPod Nano (32) dan wang tunai RM200 (20).
Pemenang dipilih daripada ribuan penyertaan yang diterima penganjur. Mereka perlu melengkapkan set tujuh borang undian sebelum dihantar, selain menjawab dua soalan dengan tepat.
Pemilihan pemenang dilakukan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Hanizam Abdullah dan Zainuri Misfar; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Akmal Abdullah; dan Eksekutif Penjenamaan Berita Harian, Roshafizah Halim.
Sementara itu, seramai 24 kakitangan kiraan undian peringkat akhir kini bertungkus-lumus melakukan pengiraan ke atas puluhan ribu lagi borang undian peringkat akhir. Pekerja undian terpaksa menggandakan usaha pada saat-saat akhir memandangkan berguni lagi borang sampai pada tarikh akhir penghantaran, 26 Mac lalu.
Proses kiraan undi akan berakhir pada 6 April ini, jam 12 tengah hari, dan jumlah itu akan diserahkan kepada audit Media Prima untuk disahkan sebelum keputusannya dibawa ke Genting Highlands pada 8 April untuk diumumkan pada malam kemuncak ABPBH2011.
Blackberry Torch 9800
1. Nawawi Nor Hassan (Subang Jaya)
2. Mohamad Nor Abd Aziz (Cheras)
3. Rosmaliziana Musa (Kuala Lumpur)
4. Nur Nadia Ahmad Sayuti (Perak)
5. Saedah Baharom (Gopeng)
6. Noor Azizah Mohamad (Kuala Selangor)
7. Fara Hairani Sahar (Rengit)
8. Siti Noor Hanisa Osman (Kuala Lumpur)
9. Noor Syazwanie Arifin (Kuala Lumpur)
10 Afirah Azhar (Paya Jaras)
Sony PS3 Console
1. Mahyudin Ibak (Sabak Bernam)
2. Fauziah Zakaria (Pelabuhan Klang)
3. Afiz Mohd Noor @ Abd Aziz (Kuala Terengganu)
4. Azrul Helmi Mohd Anis (Batu Pahat)
5. Zulkifele Soh (Bachok)
6. Rosliza Harun (Cheras)
7. Azhar Wahid (Sungai Buluh)
8. Nurul Atiqah Ahmad Ramli (Pandan Jaya)
9. Musa Dun (Kinta)
10 Noorhasimah Adam (Bahau)
iPod Touch
1. Mohd Amini Ahmad Sayati (Parit Buntar)
2. Nadzri Mohd (Sekinchan)
3. Siti Aishah Sipuan (Kota Tinggi)
4. Suraya Adam (Sungai Besi)
5. Mohd Yusri Ahmad Sayuti (Parit Buntar)
6. Shamsul Mustaffa Mohd Kamal (Seremban)
7. Nur Nisa Batrisyia (Desa Pandan)
8. Azizah Mat Johar (Shah Alam)
9. Muhammad Hafeez Abdul Hai (Shah Alam)
10 Nurulhuda Ahmad Latif (Batang Padang)
iPod Nano
1. Rose Azura Md Idrus (Klang)
2. Fauziah Zakaria (Pelabuhan Barat)
3. Ayu Fariza Kamarudin (Setapak)
4. Naisa Arali (Putrajaya)
5. Lokman Nolhakim Jelan (Pasir Gudang)
6. Fatehi Kasim (Ampang)
7. Abdul Razak Aabu Amin (Kota Tinggi)
8. Rozana Ghazali (Klang)
9. Mohd Iswarddy Ngah (Batu Johor)
10 Mohd Zalman Razali (Kemaman)
11. Abdul Hamid Ibrahim (Hulu Langat)
12. Roslan Alwi Haris (Kuala Kangsar)
13. Kamisah Abdul Kadir (Johor Baharu)
14. Nurasyikin Che Hisham (Petaling Jaya)
15. Mohd Fazrull Azhar (Seri Kembangan)
16. Norhaida Ibrahim (Putrajaya)
17. Zakiah Amrah (Setiawan)
18. Rohaida Ali (Kuala Terengganu)
19. Mohd Adli Mohd @ Mamat (Pasir Mas)
20. Musa Lidia (Kinta)
21. Annisa Azhar (Ampang)
22. Rosnani Said Fikri (Senai)
23. Yusri A Ghani (Kuala Lipis)
24. Nor Irena Jamari (Kuala Lumpur)
25. Hairul Nizam Abdul Rani (Kuantan)
26. Rosmady Musa (Pasir Mas)
27. Basariah Ahmad (Kerian)
28. Mohd Sharull Rabun (Johor Baharu)
29. Salimuhar Mohd Ali (Sungai Besi)
30. Mohd Razali Abdul Razak (Seri Kembangan)
31. Zulhilmi Idrus (Sungai Besi)
32. Nur Azura Aqilah Zainuddin (Hulu Langat)
Wang tunai RM200
1. Nor Nadia Ahmad Ramli (Ampang)
2. Alias Wahid (Selayang)
3. Mohd Faiz Kamaruddin (Puchong)
4. Azlan Ismail (Pantai Dalam)
5. Intan Zullina Zulkarnain (Damansara)
6. Sahril Azuan Ahmad (Pasir Gudang)
7. Mohd Luffi Ismail (Besut)
8. Norlela Mohd Razali (Sentul)
9. Noor Azlin Che Din (Parit Buntar)
10 Zairel Reimy Zaitun Anuar (Petaling Jaya)
11. Nur Azureen Mohd Tahir (Serendah)
12. Abdul Hai Kadir (Gopeng)
13. Jamaliah Sahmudin (Sungai Buluh)
14. Rohana Saharudin (Machang)
15. Ahmad Ramli Kamarudin (Pandan Jaya)
16. Jafri Abu Talib (Genting Highlands)
17. Saharuddin Wahab (Sungai Siput)
18. Julia Abu (Petaling Jaya)
19. Ishak Ismail (Klang)
20. Doris Philip (Kuching)
Ish knapa la nma SquadFiq tak ada dekat sni.Kalau ada kan best.Tambah-tambah kalau dapat PS3 Perghhh layan beb.
Datuk K Tertekan Isu Fitnah Kahwin Dengan Rozita
Kecoh sana ni apabila munculnya desas desus suami kepada penyanyi No1 negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah berkahwin dengan pelakon cantik Rozita Che Wan.
Isu ini telahpun di nafikan oleh Rozita Che Wan. Menurut Rozita Che Wan, isu ini hanyalah satu fitnah yang dibuat oleh beberapa laman blog.
Namun menurut Datuk Siti, isu ini telah membuat Datuk K tertekan kerana ramai yang dah mula bertanya tentang kebenaran spekulasi ini.
Kalau kedua-dua pihak telah pun menafikannya jadi pastinya ia hanyalah sebuah gosip yang tiada kebenarannya.
Kadang kala SquadFiq pelik juga kenapa orang suka bergosip dan memfitnah orang lain.
Fitnah boleh menjatuhkan maruah orang lain malah juga boleh meruntuhkan rumahtangga pasangan yang sedang berbahagia.
Hentikanlah sebar gosip macam ini.Gosi seperti ini tidak membawak kebaaikkan pun malahan menambahkan tekanan kepada orang yg difitnah.
Awek Indonesia Punca Safee Sali Bercerai
Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam. Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.
Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina. Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.
Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.
Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti. Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.
Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee. Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.
Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain. Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.
Kredit: MyNewsHub
Tergempar Nadia Mustafar Disamun
Nadia Mustafar Disamun RM20,000 | Pelakon Nadia Mustafar kehilangan RM20,000 apabila dia disamun oleh dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur.
Sewaktu kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang semalam, Nadia baru tiba di tempat letak kereta pasar tersebut berada bersama anak keduanya di dalam kereta jenis Toyota Camry. Tiba-tiba seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu kereta dan membawa lari beg tangan Nadia yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.
Menurut Nadia, dia terkejut dengan tindakan dua lelaki itu dan dia segera keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong.
Sayangnya orang awam yang berada di situ gagal mengejar dua penyamun terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
Menurut kata Nadia lagi, wang tersebut adalah hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara dan sebahagian darinya sepatutnya dibayarkan kepada enam pekerjanya.
Alahai kesian pulak aku dekat nadia ni.RM20,000 tu ingat senang ka hampa nak caqi?
Monday, 2 April 2012
Khas Untuk Para Jejaka[20 sebab perempuan akan membenci seorang lelaki]
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...
13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga
Subscribe to:
Comments (Atom)