Total Pageviews

Ohbelog

Followers

Pages

Wednesday, 24 April 2013

Minggu Sakit

Minggu ni migrain aku datang balik sampai 4 hari tak masuk kelas.habih tak tau nk buat apa aku gi dekat ustaz suruh dia bekam.9 tempat bhai dia  bekam aku mna sakit pon.Msa aku bukak songkok semua budak tgk kepala aku yg botak skit sebab kna bekam,malu kot.Lpas 2 hari kna bekam tu aku piket malam.Time piket malam ni paling best sebab ada budak indonesia datang dekat tmpt aku piket dia ckp dia boleh bukak mata batin.So,aku pun suruh la dia try buka dkt aku,tpi tk jadi sebab aku tk fokus.Kawan2 aku yg lain suma dpt tgk jin tu kecuali aku.Dia kta klau nk belajar cara buka mata batin bley bljar dgn dia. so aku nk belajar dgn dia.Smpai sni dlu cerita aku.

Thursday, 11 April 2013

Kehidupanku di GONTOR

Assalamualaikum,
           First of all aku nk ucap dkt kwn2 aku yg aku rindu kat hampa.Dekat sni aku dah dpt kwn baru iaitu, Aiman Nafis dari mesir,Akmal Firdaus,Rehandy,Hasan Adli,Faris,Nashriq dan Dzul Fadzli.Kehidupan aku dekat sni biasa2 sja.Walaupun aku ada kwn baru aku still tkkan lupakan kwn baik aku Ashraff Aqil, Ur my friend until jannah.Kehidupan dekat gontor ni bnyk peraturan kot,semua kna cpt,klau lmbt kna push up.Sebab kena lari tulah berat badan aku boleh turun 11kg.Aku dah boleh dah ckp bhsa Indon.Aku rsa ada lgi bnda yg aku tk selesaikan di Malaysia,tpi tk apa aku akan selesaikan perkara tu bila aku balik 10 ramadan nanti.Sekian dlu smpai dsini,sebab aku nk kna p masjid dah.

Tuesday, 8 May 2012

Bila Ustazah Jadi Cikgu Dan Cikgu Jadi Ustazah


1. Apabila aku menjejakkan kaki ke SMK Khir Johari aku dapati ramai guru wanita bertudung labuh. Lalu ku tertanya-tanya adakah mereka itu semuanya ustazah? Bila kuselidiki bilangan ustazah, tak ramai mana pun. Apabila lalu di depanku seorang guru yang bertudung labuh, aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah dia ustazah? lalu jawab mereka, bukan. Mereka pun memberitahu cikgu tadi yang aku kata dia tu macam ustazah. Cikgu tadi berkata 'alhamdulillah'. Sejuk hati mendengar.


2. Suatu hari aku didatangi oleh seorang guru yang bertudung biasa, jarang pula tu, bermulut merah lagi. Dia memberitahuku tentang program bacaan al-quran kepada pelajar2 SMKKJ. Selepas itu aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah itu ustazah? jawab mereka, ya. Mereka sendiri terus buat ulasan lebih kurang seperti ini : " kadang-kadang tak dapat nak bezakan antara ustazah dan cikgu ". Aku akur dengan ulasan mereka. Tahulah aku bahawa si fulan itu seorang ustazah.


3. Suatu hari ku terserempak dengan seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang dah agak lama ku kenali, kebetulan tinggal setaman denganku. Jumpanya pula kat kedai. Aku terkejut bangat apabila ku lihat dia mengenakan t-shirt ala muda mudi kini dan seluar yang tidak longgar. Aduh terhiris rasanya hati ini. Sebelum ni jumpa dia berpakaian baju kurung macam ustazah lain pakai juga. Aduh rupanya sebahagian ustazah hari ini diselubungi penyakit hipokrit @ nifaq. Di depan lain, belakangnya pula lain. Aku tertanya sendirian, bagaimanakah mereka mengajar anak murid mereka tentang akhlak & hukum? Rasanya tidak keterlaluan kot kalau aku katakan di sini bahawa salah satu punca tidak masuknya ilmu di dalam jiwa para pelajar kerana tidak tulusnya jiwa seorang pendidik seperti situasi yang ku paparkan di atas. Oh ustaz & ustazah, muhasabahlah kamu sebelum Allah menghisab amalanmu.


4. Baru-baru ni aku berbual dengan rakanku, Us Rosli SMKAY. Kami berbual tentang masalah ketidak menjadian pelajar-pelajar SABK. Katanya Us Sazali, pengetua SABK Fauzi ada berkata kepadanya bahawa ustaz ustazah hari apabila datang ke pejabat, mereka lebih gemar berbicara soal DG mereka daripada bertanya apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pelajar. Oh begitu rupanya. Sedih & amat menyedihkan. Ku yakin di SABK lain pun keadaannya sama juga. Dulu waktu mereka susah, keikhlasanlah yang terpancar di wajah masing-masing. Namun setelah senang, mereka lebih gemar berbicara tentang kereta, rumah dll. Apa la nak jadi dengan sekolah agama hari ni. Banyak ku kenali watak & perwatakan pelajar-pelajar sekolah SABK setelah aku berceramah di sekolah mereka. Sebahagian guru tidak menunjukkan minat untuk menambah ilmu & kemahiran dalam P&P. Mereka hanya tahu menyalak kepada pelajar setiap kali merosotnya keputusan peperiksaan. Sesungguhnya pelajar SABK masih mempunyai cahaya walaupun dicelah-celah kegelapan berbanding pelajar-pelajar sekolah menengah harian. Oh ustaz & ustazah, sedarlah di mana tempat dudukmu sekarang.....


Dipetik dari:ikramun